F SMK Dato' Mohd Taha

attention please!

sesiapa yang ingin menjadi rakan blog di blog sekolah ini boleh tinggalkan link blogspot/wordpress anda di chatbox di bawah. blog anda akan dipaparkan di sini. tQ.

Berita Terkini

# Selamat Datang ke blog SMK Dato' Mohd Taha! Semoga berjaya kepada calon dalam peperiksaan Percubaan SPM SMK Dato' Mohd Taha! #

SMK Dato Mohd Taha Headline Animator

SMK Dato Mohd Taha

Iklan

Majlis Penyerahan Sumbangan Baucer Buku 1 Malaysia

Majlis Penyerahan Sumbangan Baucer Buku 1 Malaysia ini diadakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Bilik Tayangan SMK Dato' Mohd Taha. Penyerahan ini bertujuan untuk memberikan baucer buku 1 Malaysia kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Tn Hj Zainuddin Bin Mohd Yusof.
















Sambutan Hari Lahir Bulan Mac 2013

Sambutan Hari Lahir Bulan Mac diadakan pada 21 Mac 2013 bertempat di Astaka SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh. Sambutan hari jadi diadakan untuk guru-guru dan para pelajar yang lahir pada bulan Mac. Pengetua Cemerlang SMK Dato' Mohd Taha, Pn Heng Jee Soon beserta guru-guru yang meraikan harijadi memberikan hadiah berupa cupcakes kepada pelajar-pelajar tersebut. Turut diadakan Majlis Bersalaman antara semua pelajar dan guru sebelum cuti Penggal Satu bermula bagi menjayakan Program Sekolah Penyayang yang diuar-uarkan oleh KPM. 

























Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu 2013

Warga SMK Dato' Mohd Taha juga mengambil bahagian dalam kutipan sumbangan tabung Wira Lahad Datu 2013 dan disampaikan semasa perhimpunan Kokurikulum Kali Ke-3 pada 20 Mac 2013. Perhimpunan Kokurikulum Kali Ke-3 ini dikelolakan oleh Pasukan Kadet Polis SMK Dato' Mohd Taha. Pemberian replika cek ini disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Mohd Taha, Pn Heng Jee Soon kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tampin, Tn Hj Zainuddin Bin Mohd Yusof sebanyak RM 3 000. 






















 
Powered by Blogger