Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu 2013

Warga SMK Dato' Mohd Taha juga mengambil bahagian dalam kutipan sumbangan tabung Wira Lahad Datu 2013 dan disampaikan semasa perhimpunan Kokurikulum Kali Ke-3 pada 20 Mac 2013. Perhimpunan Kokurikulum Kali Ke-3 ini dikelolakan oleh Pasukan Kadet Polis SMK Dato' Mohd Taha. Pemberian replika cek ini disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Mohd Taha, Pn Heng Jee Soon kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tampin, Tn Hj Zainuddin Bin Mohd Yusof sebanyak RM 3 000. 






















Post a Comment

Previous Post Next Post